Objektif

  • Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian  dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.
  • Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
  • Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia.

 
%d bloggers like this: