Latar Belakang

Rukun Negara telah diishtiharkan pada tahun 1970 berikutan peristwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pembentukan Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum/etnik untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Rukun Negara perlu menjadi pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan ketaatan dan kecintaan kepada negara dan bangsa. Rakyat Malaysia perlu memahami sedalam-dalamnya lima prinsip Rukun Negara tersebut dan bukan sekadar melafazkannya.

Penubuhan Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi PETRONAS (SRNUTP) menjadi ‘platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa. Selain itu, SRNUTP juga berperanan bagi meningkatkan kesedaran untuk mempraktikkan lima prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

Sila rujuk pautan laman di sebelah untuk mengetahui maklumat lanjut atau layari laman web Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

~ oleh srnutp di Januari 2, 2009.

 
%d bloggers like this: