Aktiviti

SRNUTP akan menjadi peneraju utama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan lima prinsip Rukun Negara di kalangan mahasiswa. SRNUTP juga akan dijadikan salah satu mekanisme ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional serta memupuk sikap saling hormat-menghormati budaya dan amalan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Semua aktiviti SRNUTP akan dijalankan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:

  • Kepercayaan Kepada Tuhan - program yang berbentuk keagamaan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara - program yang berbentuk patriotisme
  • Keluhuran Perlembagaan - program yang berdasarkan Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang - program yang berkaitan dengan undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan - program yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

Antara contoh aktiviti-aktiviti SRN:

  • Karnival Patriotik
  • Perkhemahan Sekretariat Rukun Negara peringkat IPT
  • Lawatan ke rumah ibadat, Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Lawatan Kenegaraan
  • Program Bakti Siswa
  • Permainan Explolaw
  • Kem Bina Insan dan Jati Diri
  • Pertandingan Pidato Rukun Negara
  • Perayaan Rumah Terbuka
  • Minggu Kesedaran Sivik
  • Pameran Kenegaraan
  • Kembara Rukun Negara
  • Program Keluarga Angkat

Satu Respons to “Aktiviti”

  1. pertandingan quiz tentang tanah melayu

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: